Friday, 25 November 2016

Filled Under:

(5 Gambar) Syamsul Yusof Cedera, Patah Tulang Ketika Berlakon, Dikejarkan Ke Hospital


Syamsul Yusof, telah mengalami kecederaan patah tulang bahu kiri ketika menjalani penggambaran filem berjudul Makrifat Cinta.

Kejadian berlaku ketika Syamsul melakonkan aksi letupan.

Keadaannya kini stabil selepas dikejarkan ke hospital dan telah mendapatkan rawatan.

Ini komen Syamsul:

Cerita Kejadian

"Sebenarnya aksi yang saya lakukan itu tidaklah susah dan biasa dilakukan dalam beberapa filem lakonan saya sebelum ini seperti dalam KL Gangster. Ia babak yang tidak memerlukan pelakon lagak ngeri.

 "Ketika kejadian, saya sedang melakonkan aksi melutut di tanah dan di hadapan saya pula pelakon Nora Danish yang sedang terbaring.

"Ketika berlaku aksi letupan di belakang, impak itu membuatkan badan saya melambung ke hadapan dan saya pula sempat mengelak daripada terjatuh menghempap Nora.

 "Ketika itulah pergerakan badan saya tidak begitu stabil, menyebabkan bahu saya terjatuh terlebih dulu. Ia menyebabkan rasa sakit yang amat sangat,"

Ke Hospital

"Malam tadi, sakit di bahu makin terasa dan hari ini, saya sekali lagi ke hospital untuk melakukan x-ray kerana bimbang berlakunya kecederaan lebih teruk. "Doktor mengesahkan bahu saya patah dan retak di belah kiri. Sepatutnya saya direhatkan di hospital, tetapi saya meminta izin untuk berehat di rumah saja. Saya turut dinasihatkan agar tidak melakukan banyak pergerakan," katanya.

Teruskan Berlakon

"Penggambaran baru saja bermula 12 hari lalu dan saya masih mempunyai dua minggu lagi untuk dihabiskan. Kalau keadaan bertambah baik, insya-Allah saya akan meneruskan kerja saya dan sekiranya tidak, terpaksalah saya mengambil cuti panjang sikit,"

Makrifat Cinta merupakan filem romantik yang turut dilakonkan oleh Nora Danish, Nabila Huda, Adi Putra dan Puteri Balqis.

Kredit: beritamemey.blogspot.com




0 comments:

Post a Comment