Sunday, 27 November 2016

Filled Under:

ISU SHARNAAZ AHMAD.. SHILA AMZAH SOUND PANAS AYDA JEBAT!! INI PUNCANYA..







Siapa yang tak kenal dengan penyanyi Shila Amzah ni kan.. Penyanyi yang semakin mencipta nama di negara China selepas menjuarai pertandingan Asian Wave 2012.. Itu yang membuat Miss respect kepada Shila kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia di negara luar!

Yela, bukan mudah nak tembusi pasaran negara luar.. Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Patah Seribu ni pernah dihimpit dengan kontroversi panas, di mana kisah putus cintanya bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad suatu ketika dulu menjadi bualan hangat ramai..

Memang banyak ‘drama’ yang tercetus pada masa tu, tapi perkara tu dah lama berlalu.. Malas Miss nak bangkitkan perkara yang dah berlalu.. Lagipun kedua-dua retis ni sekarang dah bahagia dengan kehidupan masing-masing, walaupun sampai sekarang kedua-dua masih belum berbaik..

Tetapi nama Shila dan Sharnaaz kembali menjadi bualan hangat bila pelakon Ayda Jebat mencetuskan kehangatan dengan membuat video secara langsung di Instagram yang menunjukkan Sharnaaz ‘miming’ lagu Shila yang berjudul Selamanya Cinta..

Video tu telah menarik perhatian Shila.. Miss tengok Shila tak suka bila baca dia punya respon terhadap video yang Ayda buat tu.. U’olls baca jer lah tweet yang dimuat naik Shila di akaun Twitternya itu.. Shila tak suka bila nampak bekas kekasihnya muncul dalam video tersebut..

Kalau Ayda seorang yang buat video tu, Miss rasa Shila tak kan marah punya lah.. Dia akan okey jer! U’olls bukannya tak tahu, Shila akan cepat melenting bila dia dikaitkan dengan Sharnaaz.. Alaa.. Relax lah Shila, video biasa jer pun.. Jangan cepat sentap sangat!! – Misshana/Utaranews 







0 comments:

Post a Comment