Wednesday, 23 November 2016

Filled Under:

Marah Kepala Dipijak, Peminat Tenangkan Sharnaaz Ahmad

Marah Kepala Dipijak, Peminat Tenangkan Sharnaaz Ahmad
Pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi laman sosial Instagram dilihat meluahkan rasa geram terhadap seseorang yang difahamkan bersikap kurang ajar dan memijak kepalanya.
Pun begitu, Sharnaaz tidak pula menyatakan siapa gerangan orang yang membuatkannya naik angin sekaligus meluahkan rasa marah yang membara.
Merujuk kepada entri yang dimuat naik itu Sharnaaz seperti tidak menahan sabarnya sehingga mahu menghayunkan tangannya untuk menampar orang tersebut.
Namun entri tersebut mendapat perhatian ramai pengikut laman sosialnya yang rata-rata memintanya untuk terus bersabar dan tidak mengikut nafsu amarah itu.
Tidak kurang juga ada yang sengaja membakar rasa barannya itu dengan kata-kata gurauan.
Berikut merupakan entri berkenaan:
  
Dalam perkembangan lain, drama terbaru lakonan Sharnaaz Ahmad bergandingan dengan Ayda Jebat, Awak Sangat Nakal sedang ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.




0 comments:

Post a Comment