Wednesday, 23 November 2016

Filled Under:

PANAS: NABIL BERANI MATI DEDAH PUNCA UTAMA ISTERINYA TIDAK MAHU BERHIJAB !! ASTAGHFIRULLAH


Namun, gelaran Haji itu sedikit sebanyak  memberi tempias terhadap isterinya, Zira apabila ada sesetengah netizen mempersoalkan imej isterinya yang tidak bertudung walaupun sudah pulang daripada Tanah Suci.
Nabil bagaimanapun tidak mahu terlalu mendesak isterinya untuk berhijab dan mahu Zira melakukan perkara itu daripada hatinya sendiri.
Sebagai suami, saya mengambil pendekatan diplomatik untuk berbincang mengenai perkara ini dengan isteri. Bahkan sepanjang masa, tidak kiralah secara serius atau berseloroh, saya juga mahukan yang terbaik buat Zira.  Begitupun, saya tidaklah sampai ke tahap mendesak hingga membuatkan dirinya berasa seperti terpaksa memakai tudung.

Biarlah kesedaran untuk berhijab datang daripada hatinya sendiri, tanpa sebarang tekanan mahupun desakan sesiapa.
Kalau suatu hari nanti, isteri saya bertudung, biarlah dia kekal istiqamah dengan kewajipan itu. Saya tidak mahu hatinya nanti jadi berbelah-bahagi. Saya juga enggan melihat dia mengenakan tudung kerana terpaksa tetapi kemudian, membukanya kerana berasakan belum bersedia.

Menurut Nabil, isterinya tidaklah berpakaian terlampau seksi dan masih menjaga kesopanannya meskipun belum bertudung.
Dia pun pernah menunaikan umrah sebelum ini. Pasti dia tahu persepsi dan pandangan orang di sekeliling. Kebanyakan bajunya pun berpotongan longgar.  Malah, saya sendiri sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Ia termasuk aspek aurat saya sebagai lelaki Islam.





1 comments:

  1. Bagilah masa kerana nak buat kebaikan perlu masa, dan masa kita boleh pilih sebab kita boleh kontrol masa..............buat Nabil "Wal Asr"

    ReplyDelete