KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Kenapa Nak Kecam Saya? - Pemilik Foto Viral ‘Budak 90an Sila Mereput’ Jelaskan Hal Sebenar

loading...

903a


#Sejak kebelakangan ni, tak kiralah log in media sosial yang mana satu pun pasti anda akan ternampak tweet ini kan?
    • #Satu tweet beserta sekeping gambar yang dikeluarkan oleh pengguna bernama ImanNadieyaHassan menjadi sangat viral apabila gambar tersebut menunjukkan sekumpulan remaja cantik belasan tahun selfie beramai-ramai. Apa yang menjadi tarikan netizen ialah wajah mereka tidak setanding dengan umur mereka. Mereka kelihatan bergaya dan seperti gadis berusia 20-an.

      #Biasalah bila benda dah jadi viral, jadi komen orang ramai pun semakin bertambah. Ramai orang terperanjat apabila mengetahui mereka berusia 16 tahun. Ada yang suka ada yang tak suka.
       
  • #Lepas saja tersebar luas di Twitter, nampaknya makin ramai pula yang balas tweet tersebut dengan gambar seaakan-akan sama. Semuanya bernada sarcasm. Hahaha!

  • #Dah nama pun media sosial kan? Sekejap sahaja gambar tersebut tersebar di Facebook. Jadi apa lagi makin ramai lah yang share.

    • #Gambar tersebut telah dimuat naik oleh sebuah page bernama Aliff Channel dengan menggunakan caption yang sama.

      #Sehingga kini post tersebut telah menerima sebanyak lebih 9 ribu shares dan lebih 3 ribu komen. Macam-macam pendapat yang diutarakan netizen. Ada yang terperanjat, ada yang suka ada juga yang tidak berkenan dengan gambar tersebut.
       
  • #Bagaimanapun, apa yang memeranjatkan pemilik foto tersebut, Zakirah Zainal, orang ramai tidak henti-henti memberi komen negatif kepadanya. Netizen juga menyangkakan beliau adalah pemilik akaun twitter tersebut.

    • #Disebabkan sangkaan tersebut, beliau telah menerima banyak komen yang berbaur negatif. Ramai yang menganggap beliau sengaja tweet gambar beserta caption tersebut sebab merasakan mereka cantik.

      #Akhirnya, Zakirah Zainal menerusi akaun YouTube beliau menerangkan perkara sebenar. Katanya, gambar tersebut telah diambil selepas menjalani photoshoo jadi sudah tentu mereka mengenakan mekap yang tebal. Beliau memberi tahu hal tersebut kerana ramai yang mengecam mengenai mekapnya yang tebal. Menurutnya juga, pemilik akaun Twitter tersebut telah memohon maaf kepadanya.
       
  • #Apa-apa pun kami doakan semoga Zakirah maju jaya dengan bidang yang beliau ceburi. Kami juga yakin pengguna Twitter tersebut pun hanya mengeluarkan tweet tersebut secara suka-suka tanpa niat yang tidak baik.

loading...

0 Response to "Kenapa Nak Kecam Saya? - Pemilik Foto Viral ‘Budak 90an Sila Mereput’ Jelaskan Hal Sebenar"

Post a Comment