(Video) Permainan Bola Sepak Didakwa Dipengaruhi Ilmu Hitam, Gol Berjaya Dihasilkan Beberapa Minit Selepas Insiden Pelik

Satu kejadian pelik ketika perlawanan bola sepak di Rwandan menyebabkan Rwanda Football Federation(FERWAFA) terpaksa mengumumkan penggunaan ilmu hitam adalah tidak dibenarkan sama sekali dalam perlawanan anjurannya.
Perkara itu datang selepas satu insiden pelik awal bulan ini yang merakamkan perlawanan antara kelab Mukura Victory Sports dan Rayon Sport.
Kejadian itu berlaku di minit-minit terakhir separuh masa pertama, yang mana melihat kelab Rayon terdesak apabila mereka terkebelakang di kedudukan 1-0.
Ketika penjaga gol kelab Mukura sedang leka di luar petak gol, salah seorang penyerang dari kelab Rayon, Camara, berlari ke arah tiang gol lawannya itu dan melakukan satu aksi yang pelik.
Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada Camara menanam atau membuang sesuatu di tiang tersebut.
Penjaga gol kelab Rayon cepat-cepat berlari ke arah golnya bagi menghalang tindakan Camara itu.
Tidak lama selepas itu, kamera beralih dan memaparkan penyerang berkenaan diberikan kad kuning oleh pengadil tetapi tidak diketahui sebabnya.
Insiden pelik itu mengundang kontroversi apabila Camara berjaya menanduk masuk satu gol tidak lama kemudian biarpun masa hanya berbaki empat minit.
Tonton video insiden itu dibawah.
Timbalan presiden FERWAFA, Vedaste Kayiranga dalam satu kenyataan berkata:
“Memandangkan tiada kaedah saintifik untuk membuktikan penggunaan ilmu hitam, langkah ini akan mengambil kira laporan dari pegawai perlawanan dan apa-apa sahaja yang dilihat menyerupai amalan itu akan dilihat dan dipertimbangkan.
Sumber: Paste Magazine


0 Response to "(Video) Permainan Bola Sepak Didakwa Dipengaruhi Ilmu Hitam, Gol Berjaya Dihasilkan Beberapa Minit Selepas Insiden Pelik"

Post a Comment