Tuesday, 31 January 2017

Kamal Adli Dedah Sikap Sebenar Emma Maembong

#Pasangan yang sedang dilamun cinta Kamal Adli Dan Emma Maembong sedang meniti hari-hari bahagia sebagai pasangan kekasih, Namun sebagai seorang yang rapat dan istimewa di hati Emma Maembong, aktor Kamal Adli akui tidak terlepas daripada mengikuti penglibatan pelakon cantik kelahiran Terengganu itu di dalam program realiti digital,  The House.

#Bagi Kamal, Emma berfikiran terbuka tetapi dalam masa yang sama sentiasa menjadi diri sendiri ketika bersama adik-beradiknya, terutamaa Yaya dan Chacha.


#Kamal turut mendedahkan lima sikap Emma yang tidak berubah sama ada ketika berada di dalam mahu pun di luar The House.

#Di bawah merupakan kenyataan yang diberikan Kamal:

1. HAPPY  GO LUCKY!
Emma seorang yang happy go lucky dan sikapnya itu dapat dilihat menerusi program The House. Sungguhpun begitu, dia boleh menjadi seorang yang sangat sensitif dan cepat terasa.  Saya lebih suka lihat dia ketawa dan gembira ketika bersama adik beradiknya dalam The House. Ianya sangat natural!

2. Jujur
Saya lihat Emma sangat jujur menzahirkan rasa dan emosinya dalam The House.  Memek muka, emosi dan perasaan  yang ditunjukkan di hadapan  Chacha dan Yaya sama dengan apa yang ditonjolkannya ketika di luar lokasi atau penggambaran The House.

3. Mengambil berat
Dia memang seorang yang sangat caring. Dalam The House,  walaupun Emma sentiasa dilihat bergurau kasar dengan adik-beradiknya, namun dia sebenarnya dia sangat menyayangi serta mengambil berat tentang mereka.

4. Pemurah
Emma seorang yang pemurah. Dia suka tolong kawan-kawan dan bukan orang  yang kedekut. Dalam The House, saya dapat lihat sikap pemurahnya itu dan dia tidak berkisah untuk berkongsi apa sahaja dengan Yaya dan Chacha!

5. Baik Hati

#Dia seorang kawan dan pendengar setia serta suka memberi kata-kata semangat kepada sesiapa sahaja. Dalam The House, saya dapat lihat cara dia menjaga Yaya yang sedang hamil dengan baik dan mengambil berat tentang kakaknya itu .


#Semoga hubungan mereka kekal bahagia dan berakhir di jinjang pelamin.


14 Foto Paling Comel Ruhila Roslan, Anak Dara Normala Shamsuddin



Personaliti TV3, Normala Samsudin yang pernah menerima gelaran 'wanita melayu terakhir' kerana kejelitaannya, kini tampil setelah lama menyepi dari industri hiburan.

Normala Samsudin telah hadir ke satu majlis rakaman program Nona bersempena sambutan ulang tahun ke-30 program Nona di Grand Duchess Fraser Place, Kuala Lumpur.

Normala Samsudin kini berumur 51 tahun namun kecantikkan masih lagi terpacar diwajahnya. Selain itu, Normala Samsudin juga kini telah berhijab sepenuhnya.

Namun, Normala Samsudin akui gembira dengan kehidupannya yang sekarang sebagai isteri kepada ahli politik Dato Sri Azmi Khalid yang merupakan ahli parlimen Padang Besar, Perlis.

Mengikut suaminya, Normala samsudin juga kini menetap di Perlis dan hanya sekali sekala turun ke Kuala Lumpur.



Wanita jelita ini juga tidak mahu lagi terbabit dalam industri hiburan sebagai pengacara ataupun pelakon.

Ini komen Normala tentang kehidupannya sekarang:

"Alhamdulillah saya gembira dengan kehidupan sekarang sebagai suri rumah dan langsung tidak rindu atau memasang impian untuk kembali semula dalam industri.

"Saya kini menetap di Perlis tetapi sekali-sekala akan turun ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengikut suami. Selebihnya tiada apa yang menarik cuma aktiviti saya kebanyakkannya lebih kepada menguruskan rumah tangga seperti kebanyakkan wanita lain,"











3 Foto Body Langsing Dan Mengiurkan Farahdhiya Idaman Semua Wanita


Sekali sekala tengok Farahdhiya ni memang jatuh hati. Dahlah putih melepak, cantik pula tu. Tapi, lama betul tak dengar berita pelakon dan penyanyi jelita ni kan?

Sesekali kami jengah juga laman Instagram Farahdhiya. Menerusi pengamatan kami, sebenarnya banyak juga aktiviti yang dilakukan si cantik ini bersama teman-teman rapatnya.

Tapi, yang paling menarik perhatian kami adalah foto Farahdhiya diapit Ultraman. Memang sempoi baq hang!

Wahh, bertuah betul jadi Ultraman, dapat jumpa Farahdhiya di Pavilion. Kami ni, mampu intai di Instagram je untuk mengubat rindu. Nasib baik Malaysia tak ada raksasa, kalau tak mana sempat nak bergambar kan? Haha!



#Tapi, kami lihat makin cantik tertarik kau memang da bomb pula badan Farahdhiya ni. Dah saing-saing Che Ta uols. Tak percaya? Korang tengoklah sendiri.

Mungkin faktor baju yang melekat ditubuh Farahdhiya menampakkan lagi susuk tubuhnya yang langsing itu kot.

Apapun, buat korang yang merindui lakonan Farahdhiya, jangan lupa saksikan drama terbaru lakonannya iaitu Cahaya Dihujung Nyawa yang bakal disiarkan di Hypptv tak lama lagi.

SUMBER


8 Gambar : Percutian Mawar Rashid di Phi Phi Island Yang Berdarah Hidung


Nampaknya belum selesai lagi kontroversi Mawar Rashid. Sebagai pendatang baru di dalam industri hiburan, Mawar nampaknya belum cukup matang untuk 'menguruskan' kontroversi dirinya.

Terbaru, foto-foto percutian Mawar di Phi phi island, Krabi mendapat kecaman netizen.








Foto-foto yang dimuatnaik agak seksi dan menjolok mata. Benar kita di negara orang, namun itu bukanlah tiket untuk kita berpakaian seksi..


Monday, 30 January 2017

Ketika datang mendengar wasiat, barulah tahu saya bukan isteri pertama

gambar sekadar hiasan semata-mata


Assalamualaikum wrbt buat anak-anak pembaca budiman semua.
Saya berusia 55 tahun jadinya saya tak pandai nak berkias ayat. Tapi saya nak berkongsi dgn pembaca kisah madu saya yang saya doakan agar dia dikurniakan Syurga Teragung setelah apa yang dilaluinya selama ini. Amin.. Moga sama-sama kita ambil iktibar ye.

Pada tahun 1988 saya bernikah dgn seorang lelaki yang sama profesion dgn saya sebagai seorang pegawai perubatan. Pada ketika itu saya tidak mengetahui latar belakang lanjut tentang suami saya. Yang saya tahu, dia seorang lelaki bujang dan keluarganya datang melamar saya.

Kehidupan kami serba serbi sempurna. Saya dan dia bekerja di hospital berbeza tapi apabila pulang ke rumah, kami berkongsi cerita yang sama. Cerita tentang pesakit kami di hospital masing-masing. Tiada perubahan pada suami, bahkan tiada apa yang saya nampak pelik pada dia. Hari-hari dia ada dengan saya. Ada masa bersama keluarga apabila waktu cuti sekolah.

Hinggalah saya ditukarkan ke PPUM, saya agak berjauhan dengan suami yang bekerja di utara semenanjung.

Tapi masih, tiada perubahan yang saya nampak pada dia. Namun suami selalu berpesan, andai ada pelajar perubatan bernama Aisy (Bukan nama sebenar) dan Asyraff (bukan nama sebenar), dimintanya ajar betul-betul dua pelajar ini seperti anak kandung sendiri.

Saya sebagai doktor dan ibu sememangnya bersikap profesional dan beranggapan setiap pelajar perubatan adalah anak saya sendiri tanpa membezakan mereka. Anak-anak saya juga merupakan pelajar perubatan maka haruslah saya mengajar pelajar lain sama seperti saya mengajar anak saya.
Hinggalah satu hari, suami jatuh sakit. Terlantar lama di hospital. Dia acap kali menyebut, tengok-tengokkan Aisy dan Asyraff. Ajar mereka sampai jadi doktor yang berguna.

Saya masih sama. Tidak merasa pelik kerana suami saya memang seorang yang prihatin. Saya iyakan sahaja apa yang dikatakan. Hinggalah ketika suami semakin tenat dan dia berhajat berjumpa dengan kedua pelajar perubatan tadi.

Ketika sesi pertemuan, saya hanya melihat mereka berdua. Bercakap seperti biasa hinggalah akhirnya, suami saya berkata, “Jaga ibu dan sampaikan maaf saya pada ibu.”

Saya mulanya agak pelik tapi masih positif kerana beranggapan mungkin dia sayang dua pelajar ini. Petang itu juga selepas solat asar, suami saya menghembuskan nafas yang terakhir. Saya redha dengan pemergiannya namun ada sesuatu yang lebih menarik perhatian saya. Aisy dan Asyraff hadir ke pengebumian suami saya bersama seorang wanita tua dlm linkungan usia lewat 50-an. Wanita itu buta dan hanya duduk di kerusi roda. Tapi mereka tidak datang dekat. Hanya sekadar melihat dari jauh.

Saya cuba untuk menuju ke arah mereka untuk bertanya namun mereka sudah berlalu dan majlis pengebumian belum selesai doanya lagi.

Selang beberapa hari, saya dan anak-anak dipanggil ke pejabat peguam untuk mendengarkan wasiat arwah suami. Saya dan 2 org anak sudah hadir untuk mendengarkan wasiat tersebut namun peguam mengatakan harus menunggu lagi pemegang wasiat lain.

Sekali lagi saya diam dan hanya menunggu. Hinggalah datang dua orang anak muda bersama seorang wanita yang saya kenal amat. Aisy dan Asyraff bersama wanita tua yang saya nampak di kubur haritu. Ketika itu, hati saya berbolak balik. Kenapa Aisy dan Asyraff selalu ada dan disebut-sebut oleh arwah. Kini ketika mendengarkan wasiat juga mereka ada bersama.

2 orang anak saya, Amira dan Adhlina juga bagaikan senang dengan kehadiran Aisy dan Asyraff kerana mereka sekawan di PPUM.

Peguam mulakan pembacaan wasiat dan alangkah terkejutnya saya apabila perkataan pertama yang keluar dari mulut peguam ialah, “Pemegang wasiat pertama ialah isteri pertama iaitu Puan Hasidah..”
Allah… Berderau jantung saya. Kenapa nama itu bukan nama saya. Terus saya menoleh ke arah perempuan buta yang disorong kerusinya oleh Aisy dan Asyraff. Saya cuba untuk bertenang dan mendengarkan dahulu segala apa amanat suami saya yang ditinggalkan. Saya tak boleh terburu-buru.
Suami saya hanya meninggalkan sejumlah wang untuk Puan Hasidah dan juga sebuah pondok di kawasan yang saya sendiri tak pernah tahu. Selebihnya, rumah yang kami duduki, kereta, aset lain semuanya untuk saya dan anak-anak.

Selesai pembacaan wasiat, saya menurunkan tandatangan sebagai tanda penerimaan. Begitu juga Puan Hasidah yang menggunakan cop jari.

Selesai semuanya, saya mendekati Aisy dan Asyraff bersama ibunya. Cuba untuk bertanya macammana boleh semua ini terjadi.

Lama kami duduk berbual hinggakan basah kuyup baju saya kerana air mata yang melimpah keluar mendengarkan kisah madu saya.

Kisahnya, pada tahun sama perkahwinan saya dan suami, arwah suami saya sudah pun terlebih dahulu bernikah dgn Puan Hasidah. Jarak lebih kurang 6 bulan beza perkahwinan kami. Ketika suami menikahi saya, dia sedang hamil 4 bulan dan anak dlm kandungannya kembar iaitu Aisy dan Asyraff.
Perkahwinan Puan Hasidah tidak diterima ibu mertua saya kerana Puan Hasidah seorang gadis yatim piatu dan tidak bersaudara. Makanya ibu mentua saya menghinanya sebagai perempuan tidak sah taraf. Ibu mentua saya yang juga ibu kepada arwah suami turut mengancam Puan Hasidah untuk tidak mengganggu keluarga baru anaknya jika mahu berteduh di pondok tersebut. Makanya Puan Hasidah merelakan kata-kata ibu mertuanya dan sama sekali tidak mengganggu kami. Kerana itu saya tidak mengetahui apa-apa selama lebih 30 tahun.

Saya bertanya kenapa dan macam mana Puan Hasidah boleh menjadi buta. Dan jawapannya tersangat merundum hati saya. Ketika ibu mertua saya hilang penglihatan kerana terjatuh dari tangga rumahnya, saya dan suami puas mencari penderma mata hinggalah suami mengatakan dia telah berjumpa dgn seorang penderma iaitu seorang perempuan. Ketika itu saya bersyukur kerana ada yang sudi menderma kerana saya tidak mengetahui apa-apa. Rupanya penderma tersebut ialah Puan Hasidah yang juga menantu paling dibenci dihina oleh ibu mentua sendiri !! Ketika mendengarkan kisah itu, saya terbakar dan mendidih hati serta kebencian saya terhadap ibu mentua menjadi-jadi. Mujur orang tua itu sudah 3 tahun meninggalkan kami. Jika tidak, akan saya suruh dia melutut maaf di hadapan Puan Hasidah.

Namun Puan Hasidah tenang dan menjawab, “Saya tiada ibu, puan. Saya lakukan semua ini demi mendapatkan rahmat seorang ibu.”

Allah.. Berderai lagi air mata saya. Sambung Puan Hasidah,
“Saya anggap semua ini takdir hidup saya. Saya tidak mengeluh bahkan saya bersyukur. Saya mempunyai suami walaupun hanya 3 bulan. Paling tidak saya terlepas dari fitnah manusia. Saya dikurniakan anak lelaki. Bukan seorang tapi dua. Yang boleh jagakan saya. Saya tiada saudara mara, puan. Ini sahaja harta saya. Dan saya sama sekali tidak mengharapkan harta dari arwah suami. Cukuplah dikekalkan pondok kami sebagai tempat berteduh.”

Saya rasakan bagai tersepuk ke lantai mendengarkan kata-katanya. Bagaimana seorang isteri mampu hidup sendirian begitu tanpa suami. Saya pandang wajah Aisy dan Asyraff, tertanya juga saya samada mereka tahu atau tidak Doktor Ahmad (bukan nama sebenar) adalah ayah mereka.
Jawapan mereka, “Ya.. Kami kenal ayah kami. Tapi kami tak boleh panggil ‘ayah’ kerana arwah nenek akan hukum ibu kalau tahu panggil ‘ayah’.”

Sekali lagi saya terdiam. Ya Allah, kenapa kejam sangat orang tua ni masa hidupnya?!
Saya bertanya lagi samada mereka berdendam atau tidak dgn arwah nenek dan arwah ayahnya, jawab mereka,

“Ibu tak pernah didik kami membenci. Kerana disetiap perbuatan arwah nenek dan arwah ayah, ada sedikit kebaikan mereka yang harus dilihat.”

Saya? Bermandi air mata melihat mereka. Berjayanya Puan Hasidah mendidik anaknya untuk tidak membenci selepas semua perkara ini terjadi.

Tenang sangat saya lihat wajah Puan Hasidah. Seolah-olah dia tidak mempunyai masalah sekalipun dia kini buta.

Memadailah pembaca tahu, saya jatuh cinta dgn sikap madu saya yang teramat mulia hatinya. Saya selalu fikir, bermadu ini seperti anjing dan kucing. Bercakaran dan berlawan. Tapi alhamdulillah syukur Ya Allah.. Madu saya teramat baik dan saya doakan syurga teragung untuk dia dan anak-anak kerana keikhlasan hatinya.

Hingga ke saat ini, Puan Hasidah enggan untuk memijak rumah agam kami kerana katanya, ibu mentuanya dulu pernah mengharamkan kakinya menjejak ke rumah suami. Andai dia melakukannya, ibu mentua akan menidakkan dia sebagai anak.

Andai saya ditempatnya, mungkin saya akan bantah sekerasnya perilaku ibu mertua. Tapi tidak pada Puan Hasidah. Dia mengagungkan dan memuliakan ibu mertua sama seperti ibu kandungnya sendiri. Kerana itu, dia hanya menurut.

Pada pembaca budiman, saya harap kita sama-sama ambil iktibar bahawa dalam kesenangan kita, ada air mata orang lain yang kita lupa. Sebagaimana saya sedang belajar untuk ikhlas seperti madu saya, anak-anak pembaca budiman juga belajarlah untuk ikhlas. Inshaa Allah, syurga untuk kita semua.
Amin


Sunday, 29 January 2017

(Video) Beginilah Proses Mengeluarkan Susuk Dari Wajah

AMALAN memakai susuk agar nampak jelita, mempersona dan hebat di mata manusia bukan sesuatu yang asing lagi.
Bagaimanapun amalan ini sebenarnya bercanggah dengan agama Islam malah terdapat kepercayaan mayat seseorang yang memakai susuk sehingga nafasnya ditarik oleh malaikat maut akan menghadapi masalah apabila dikuburkan.
Sejauh mana kebenaran dakwaan ini tak dapat dijelaskan tetapi memakai susuk atau meminta bantuan selain daripadaNya pasti mendapat kemurkaan Allah.
Video Proses Keluarkan Susuk Dari Wajah
Menerusi satu video yang tersebar di media sosial, seorang warga emas dilihat menjalani upacara membuang susuk yang dipakai di wajahnya.
Memang seksa melihat cara susuk dikeluarkan namun warga emas terbabit dan keluarganya pasti bersyukur kerana ia sempat dibuang sebelum meninggal dunia..
Selepas melihat video di atas diharapkan mereka yang mempercayai amalan khurafat segera kembali ke pangkal jalan terutama mereka yang sudah terlanjur memakai susuk di wajah atau anggota badan lain.
Seseksa-seksa proses keluarkan susuk, seksa lagi balasan yang menanti jika mati tak sempat bertaubat…


Tercerai bini masa malam pertama sebab jahil




#Penceraian di dalam Islam merupakan sebuah perkara yang tidak boleh dibawa main-main kerana ianya merupakan satu-satunya perkara halal yang paling dibenci oleh Allah SWT. Tersalah lafaz, samaada ingin main-main, secara sengaja ataupun tidak, pastinya akan jatuh hukum talak itu. Lebih teruk lagi jika si suami melafazkan cerai talak tiga sekaligus, menangis berdarah air mata pun belum tentu akan kembali bersama.

Ikuti perkongsian Dr. Taufiq Razif di bawah:

#Isteri saya yang kerja kat Unit Kecemasan pernah dapat kes isteri diliwat suami sendiri. Rupanya dia bukan dipaksa tapi sengaja nak mencuba. Si isteri tu pulak daripada gaya bercakapnya langsung tak rasa bersalah dengan perbuatannya.

#Ni la yang terjadi kalau nak kahwin tapi takde ilmu pasal perkahwinan. Nak kahwin bukan main akad je tau. Banyak benda sebenarnya nak kena tahu. Lebih-lebih lagi untuk si lelaki yang bakal nak jadi suami tu. Nak berkahwin ni bukan cuma perlu ilmu psikologi je. Hukum hakam pun nak kena tahu bang.

#Pernah ada satu kes kat Malaysia ni si suami tercerai isterinya masa malam pertama. Nak tahu kenapa? Sebab dia boleh main perkataan ‘Aku cerai kau. Aku cerai kau ‘ dengan isteri dia. Si isteri ni pulak makin kena sakat dengan si suami makin galak dia ketawa. Last-last hati rasa tak sedap. Bila tanya kat tok kadi, terus tok kadi confirm talak dah jatuh dah. Menangis air mata darah pun tak boleh buat apa dah. Dah nampak dah kenapa belajar hukum hakam ni penting kan?

#Masalah rumahtangga yang paling banyak berlaku adalah si suami tak bagi nafkah. Si suami ni ingat bila isteri dah berkerjaya dan dah ada gaji yang tetap dia sebagai suami dah tak payah nak hulur nafkah dah. Padahal nafkah tu adalah hak mutlak si isteri. Walaupun si isteri seorang CEO Syarikat Perkapalan dan suaminya cuma penjual tempe, nafkah tetap hak mutlak seorang isteri. Kecuali isterinya sendiri yang menghalalkan.

Ramai jugak yang salah anggap nafkah ni cuma duit. Padahal nafkah ni termasuk juga ilmu, kebahagiaan dan ketenteraman isteri secara zahir dan batin. Sekali sekala tu ajar la isteri ilmu agama. Kalau tak pandai sangat bukak je Youtube dan dengar ceramah sama-sama. Ada masa free ajak sekali isteri dengar ceramah agama.

#Ilmu agama pun termasuk nafkah batin tau. Bukan jima’ je dikira nafkah batin ye. Ok, masuk bab hubungan suami isteri pulak. Dah tahu nak kahwin esok lusa jangan la segan-segan nak tanya orang tua bab hubungan suami isteri ni. Orang zaman dulu sebelum kahwin lagi dah siap khatam kitab khusus bab hubungan suami isteri tau. Ilmu kehidupan camni penting sebab ilmu ni la kita akan pakai sampai ke tua. Nak malu buat apa. Benda halal kan. Jangan kau pergi tanya kat public sudah lah.
Kepada yang nak berkahwin seminggu dua lagi ni sempena cuti sekolah ataupun yang dah lama kahwin, saya nak pesan satu benda je.

#“Perkahwinan ni bukan ikatan dua jiwa untuk hidup kat dunia je. Ni ikatan yang kau nak bawak sampai ke alam sana dan sampai la ke syurga ”

#Cuba tenung mata pasangan masing-masing. Cuba tengok betapa cintanya si dia pada diri kita kan. Alangkah bahagia kalau cinta yang ada ni boleh diteruskan sampai kat dalam syurga nanti. Sebab cinta kat sana je nanti yang tak ada penamatnya. Cinta kat dunia akan berpisah tatkala maut menjadi realiti. Tapi cinta yang sejati akan kekal sampai la ke alam sana nanti.


Jangan Ambil Duit Yang Diselit Pada Wiper Kereta! - Baca Pendedahan Wanita Ini

#Akak nak cerita balik pasal duit RM1 ini. Kejadian berlaku di Palm Mall, Seremban, sekitar jam 12 tengah hari. Masa itu, di tempat parking memang tak ramai orang, adalah dalam lima buah kereta sahaja. 
#Ternampak duit RM1 diselitkan pada wiper kereta. Puas memikirkan kenapa ada duit diselitkan di situ sebab:
  • Kemungkinan taktik untuk pukau mangsa atau,
  • Taktik mengumpan mangsa keluar dari kereta dan rompak.
Masa akak keluar dari pintu parking Palm Mall tadi, memang akak ada ternampak orang berdiri tetapi sekelip mata saja, dia hilang dari pandangan.
#Selang dua buah kereta dari kereta akak memang ada orang. Enjin keretanya hidup tetapi mereka tak bergerak. Mungkin mereka sedang menunggu akak keluar dan ambil duit seringgit itu. Tetapi akak tak keluar sebab memang tak nampak. Lagipun, Danial (anak) ada dengan akak pada masa itu. Memang Allah nak melindungi kami berdua. 
#Bila dah keluar dari kawasan Palm Mall, barulah akak ternampak duit itu. Duit itu akak langsung tak ambil apatah lagi menyentuhnya. Akak biarkan saja di wiper. Tahu-tahu dah hilang, mungkin dah terbang dek angin. 
#Berhati-hati ye semua. Bermacam-macam kemungkinan yang boleh berlaku. Penjenayah ada di mana-mana. Kelaur rumah, baca ayat Qursi. InshaAllah, Allah melindungi kita. - Norlaila


Permohonan Rumah Idaman Dan Mesra Rakyat SPNB Borang Online, Hanya RM45k Je !


Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah organisasi yang menjalankan tanggungjawab sosial korporat menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif Perumahan Negara SPNB kekal cemerlang sebagai organisasi yang menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada golongan sasaran dengan membina rumah yang mempunyai rekabentuk praktikal dan ekonomikal melalui penambahbaikan secara berterusan samada melalui peruntukan yang disediakan kerajaan (subsidi) atau secara komersil (tanpa subsidi) 

PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR1M) SECARA ONLINE 

SPNB juga memberi peluang kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai tanah sendiri untuk memiliki rumah pada harga patut mengikut kemampuan masing-masing samada melalui Program RMR yang mempunyai subsidi atau tanpa subsidi Kerajaan dalam setiap pembentangan Bajet (Belanjawan Malaysia) berusaha untuk meningkatkan pemilikan rumah dengan menyediakan peruntukan dari segi jumlah pembinaan rumah melalui program yang diperkenalkan kepada golongan sasar 

PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA (RMR1M)

Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa

Info Dan Syarat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) 
  • Warganegara Malaysia 
  • Pemohon mestilah berumur 18 hingga 60 tahun Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,500 sebulan 
  • Pemohon / pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang atau tidak sempurna Pemohon adalah tuan punya tanah dan / atau salah seorang tuan punya tanah bersama dalam geran / suratan hakmilik Tanah / tapak mestilah bersesuaian dan bebas daripada sebarang sekatan dan 
  • pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah bersama (sekiranya ada) Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps Tertakluk kepada kelulusan pinjaman daripada Bank / Institusi kewangan Hanya satu unit Rumah Mesra Rakyat sahaja yang boleh dibina untuk satu geran yang dicagarkan 

Cara Buat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) 
  • Mendapatkan borang permohonan daripada Ibu pejabat, Cawangan SPNB atau menerusi laman web rasmi SPNB atau membuat permohonan RMR1M secara atas talian (online) 
  • Mengisi dan melengkapkan borang permohonan 
  • Menghantar borang permohonan kepada SPNB bersertakan dokumen salinan kad pengenalan pemohon dan salinan geran hak milik tanah
Maklumat Lanjut Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) 
Sistem Aplikasi Permohonan Secara Online Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)

CIRI-CIRI / CONTOH RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA




Saturday, 28 January 2017

Isteri ini bangga cerita hal dalam kelambu dengan kawan lelaki dia.. Akhirnya dia menyesal apa yang terjadi



"Memang I Yg ................. !", JIJIK ! Wanita Ini Cerita Pengalaman Malam Pertama Kepada Rakan Office, Namun Apa Yg Berlaku Keesokannya Sgt Memalukan!

"Memang I Yg ................. !", JIJIK ! Wanita Ini Cerita Pengalaman Malam Pertama Kepada Rakan Office, Namun Apa Yg Berlaku Keesokannya Sgt Memalukan!

Isteri ini bangga cerita hal dalam kelambu dengan kawan lelaki dia


Korang Bacalah Sendiri, Isteri Ini Cerita Hal Dalam Kelambu Dengan Kawan Lelaki Dia Yang Buat Korang Panas Dan Terbeliak Mata Membacanya.
Tak Sangka Detail Sungguh Ceritanya Dalam Whatsapp. Patutlah Banyak Benar Kes Isteri Main Dengan Lelaki Lain Ketika Suami Tiada Di Rumah. Ini Rupanya Punca Sebenar.
Sumber: lykanfurious7
1N2Mq5g
1N2Mq5i
1N2MrGv
1N2MrWL
:)